Pindaan Perlembagaan 1945 Undang-Undang_Dasar_Negara_Republik_Indonesia_Tahun_1945

Salah satu tuntutan Reformasi 1998 adalah bahawa UUD 1945 dipinda kerana pada zaman Orde Baru, kekuasaan tertinggi terletak di tangan MPR, bukannya di tangan rakyat, dan kekuasaan Presiden adalah terlalu besar. Terdapat juga beberapa fasal dalam UUD 1945 yang terlalu "kabur" sehingga dapat menimbulkan berbagai-bagai tafsiran, selain daripada fasal tentang semangat penyelenggaraan negara yang belum cukup didukung oleh peruntukan perlembagaan.

Tujuan pindaan UUD 1945 adalah untuk menyempurnakan dasar-dasar seperti pertahanan negara, kedaulatan rakyat, hak asasi manusia, pembahagian kekuasaan, penciptaan negara demokrasi dan negara undang-undang, serta hal-hal lain yang sesuai dengan perkembangan aspirasi dan keperluan bangsa. Pindaan UUD 1945 tidak meminda Pendahuluan Perlembagaan 1945, dan tetap mempertahankan susunan kenegaraan kesatuan (selanjutnya lebih dikenali sebagai Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)), serta menegaskan sistem pemerintahan presiden.

Antara tahun-tahun 1999-2002, Perlembagaan 1945 dipinda sebanyak empat kali dalam perhimpunan-perhimpunan agung Majlis Musyawarah Rakyat (MPR):